Saya mula menggunakan produk De Bella pada awal tahun 2007 setelah diperkenalkan oleh seorang rakan. Pada mulanya saya mencuba ke atas anak perempuan saya yang menghidap penyakit alergi sejak kecil lagi.Penyakit yang dihidapinya menyebabkan dia tidak boleh makan makanan laut seperti udang, kerang, dan sotong. Sekiranya dia mengambil makanan tersebut, tangannya bengkak dan bernanah sehingga tidak dapat hadir ke sekolah beberapa minggu dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.
Perkara ini berlarutan sehinggalah dia meneruskan pelajaran di sekolah berasrama. Nak dijadikan cerita, pada tahun 2007, semasa pulang bercuti, dia memakan udang galah sebelum berangkat ke asrama. Setibanya di asrama, dia mengalami gatal-gatal yang teruk di seluruh badan, dan keesokkan harinya dia mengalami sakit tumit sehingga tidak mampu berdiri dan berjalan. Untuk bertahan dia mengambil Panadol.
Sekembalinya ke rumah, saya membawanya berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat. Malangnya setelah kehabisan ubat penyakitnya kembali menyerang. Setelah beberapa kali berjumpa doktor, doktor mengesyorkannya mencuci darah. Semasa dalam tempoh tersebut, seorang rakan saya memperkenalkan produk De Bella. Saya terus memberikan anak saya meminum Aloe Vera Gel dan menyapu Icy Cool di bahagian tumit.


Alhamdulillah, tidak berapa lama penyakit anak saya semakin berkurangan. Selepas seminggu menggunakannya , ternyata penyakitnya telah jauh berkurangan. kini boleh dikatakan telah sembuh sama sekali dan tidak perlu mengambil ubat yang dibekalkan oleh doktor. Bermula dari itu, kami sekeluarga turut menggunakan produk-produk De Bella yang lain dalam kehidupan kami seharian. Apa yang istimewa, produk De Bella ini tidak meninggalkan kesan-kesan sampingan dan penyerapannya jauh ke dalam kulit secara semulajadi.
